Tuesday, January 6, 2009

Sekolah Perintis Dikenal Pasti

30 Nov - Sekolah Perintis Dikenal Pasti
SUNDAY, 30 NOVEMBER 2008 14:45
bangunansekolah2

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengenal pasti beberapa sekolah di seluruh negara bagi dijadikan sekolah perintis untuk melaksanakan program pembelajaran lebih menyeluruh kepada murid sekolah rendah.

Murid akan diajar bahasa ketiga, penekanan kepada aktiviti kolurikulum

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya mengambil contoh pelbagai jenis sekolah daripada yang mempunyai infrastruktur tercanggih hingga ke sekolah pedalaman.
Katanya, mengikut program itu, murid di sekolah berkenaan akan diajar bahasa ketiga dan sejarah selain memberi penekanan kepada aktiviti kokurikulum.

"Rombakan tidak semestinya dalam konteks kurikulum rasmi saja, usaha melalui kokurikulum pun boleh dilihat sebagai satu kelebihan termasuk mempelajari bahasa ketiga.

"Kita sudah kenal pasti sekolah rintis untuk menjalani kajian psikometrik, aptitud dan penilaian dalam bilik darjah dan objektif program ini supaya anak kita akan dapat berfikir secara holistik, menyeluruh dan kritikal serta berkeyakinan menguasai pelbagai bahasa, namun dalam masa sama tidak melupakan bahasa kebangsaan yang boleh menyatupadukan mereka.
"Usaha ini akan dapat membantu kementerian membentuk semangat patriotisme, toleransi dan kebolehan untuk bergaul dalam masyarakat berbilang kaum bermula di sekolah rendah lagi," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru sempena majlis pertemuan Alumni Maktab Kirkby di sini, semalam.

Hishammuddin juga berharap pada 2010 kategori sekolah yang terlalu banyak dapat dikurangkan dan kemudian diklasifikasikan kepada dua kategori saja iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

"Sekarang kita ada pelbagai kategori seperti sekolah bestari, sekolah kluster, sekolah premier, sekolah wawasan dan sekolah kawalan, jadi kita perlu permudahkan klasifikasi ini di bawah dua kategori besar," katanya.

terbabit supaya orang ramai mudah faham untuk menjadikannya sebagai penanda aras di masa depan," katanya.


Sementara itu, beliau berkata, kekosongan jawatan Timbalan Menteri Pelajaran bagi menggantikan Allahyarham Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia kelmarin akan ditentukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berharap akan ada seseorang yang menggantikan Allahyarham dalam masa terdekat.

"Ini tugas besar... sebelum dapat pengganti, saya dan Datuk Dr Wee Ka Siong akan membahagikan segala tugasan Allahyarham bersama-sama," katanya.

Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, kira-kira 6.30 petang kelmarin, ketika sedang bermain badminton.

Ditanya mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata perkara itu terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukannya.

Beliau yakin jika orang ramai mengenang jasa serta pengorbanan Allahyarham dan mahukan calon yang sama kaliber, mereka akan mengekalkan kerusi Kuala Terengganu kepada Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment